Saturday, March 19, 2011

Mesyuarat Tubuh-tubuh.

Tubuh-tubuh bersidang.
Mesyuarat berlangsung di dewan utama sebuah bangunan besar!
Tubuh-tubuh berpakaian kemas itu akan bersidang.

Minit mesyuarat lepas dibentang sebaik sahaja pengerusi mesyuarat mengalukan tubuh-tubuh berpakaian kemas itu.
Minit-minit itu kemas ditaip tanpa kesilapan ejaan atau fakta.
Setiausaha tersenyum puas,
Kerjaku memuaskan mereka, tubuh-tubuh berpakaian kemas itu.

Mesyuarat itu berlangsung.
Idea, hujah cadangan tersusun kemas terpacul dari setiap tubuh-tubuh berapakian kemas itu.
Mesyuarat berakhir.

Tubuh-tubuh melonggarkan tali leher.
Perjalanan tubuh-tubuh diteruskan.
Blazer ditanggalkan.
Panas suhu bumi jauh berbeza dari dingin dewan mesyuarat.

Satu tubuh melewati semut manusia yang melakat pada objek bergerak pantas.
Tubuh itu tersenyum melihat kejayaan hasil mesyuarat-mesyuarat lepas.

Tubuh yang lain pula melewati sebuah lorong di atas kereta mewahnya.
Terpandang akan dia pengemis kecil mengemis diisi ibunyan.
Matanya digesel-gesel lalu cermin matanya dibuka.
Dilapnya habuk pada cermin matanya.
Keretanya berlalu.


Tubuh-tubuh melewati tubuh-tubuh.
Cermin matanya dibetulkan.
Biar jelas pandangan.
Jelas sungguh.
Indah sungguh
Kemajuan yang menyingkatkan masa perjalanan!
pemandangan yang menarik!
Waktu makan tiba namun nafsu tubuh-tubuh sudah terisi.

Mesyuarat tubuh-tubuh akan berlangsung lagi.


Kamalia.
12.06
20 mac 2010.
sunway

No comments:

Post a Comment