Antologi
Monday, April 11, 2011
LAUT USIA
LAUT USIA. Ditatang nafas, Dibelai doa kasih, Cinta membesar. Kaki kecil itu, Menapak di lantai kerikil hidup, Sesekali rebah ditinggal waktu, Ada yang memapahmu, Kembali menapak berlari. Usia seluas laut, Ada kala lemas dijamah ombak, Ada kala tenggelam di dasar mimpi, Gelap, masih ada cahaya. Selongkarlah laut, Permukaannya gelora, Dasarnya jiwa kita. Usia beralun, Nakhodakan hati dengan iman, Berlayarlah dengan angina aksih tuhan. Berserahlah. Ada takdir pada buih-buih, Tiba masa, Bila tiba musim kemboja. Panjatkan doa. Kita akan kembali ke dasar laut. Usia dan laut. Kamalia. 9.43 pagi 12 April 2011

Saturday, March 19, 2011
Memeluk Harapan di Bawah Dada Alam 2
Kuheret tubuh ini melewati suria yang galak memancar bumi.
Seluruh anggota tubuh ini mengekori tubuh yang terheret itu.
Lokasi, latitut, longitut berubah mengekori heretan itu.
Kumandang lagu putaran juruhebah mencuit lubuk hati yang masih keruh berkelodak.
Kolam hati berombak, latitut longitud laluan kabur mengaburi pandangan.
Di bawah dada alam yang panas ini aku nyatakan pada anggota-anggota tubuh betapa aku ingin benar dipeluk alam.
Peluklah aku alam lalu bisikan lagu-lagu ketenangan.
Peluk dan hamparkan hamparan di tepian tasik airmata.
Biar aku lena didadamu menghirup bayu wangi dari pusara-pusara pejuang negara.
Peluklah aku alam,
Dodoikan aku dengan zikir selawat yang kau rakam dari surau usang tahlil buat serikandi yang gugur mempertahankan pertiwi.
Dadamu alam tidaklah sehebat zaman Tun Fatimah.
Namun aku masih selesa dalam pelukannmu.
Usaplah lembut rambutku dan hayunkan aku selaju buaian indah yang kau hias dari kuntum-kuntum layu yang kau kutip dari ladang kuntuman popi.
Lenakan aku alam.
Baringkan aku di dasar hatimu.
Timbuslah aku pada gembur gumpalan kerikil yang kau hancurkan dari deretan banjaran yanag memagari surau-surau uzur.
Talkin aku.
Tinggalkan aku menghadapmu dada alam.
Hukumlah aku dada alam.
Aku terlalu rindu mengakhiri derita yang kian lama kemarau kontang tanpa air mata.
Peluklah aku dada alam.
Lenakan kan aku dalam sendu tangis.
Selimutkan aku dengan kapan.
Kamalia.
20 Mac 2011
Suaikasih, Tun Hussien Onn.
11.19 pagi.
Mesyuarat Tubuh-tubuh.
Tubuh-tubuh bersidang.
Mesyuarat berlangsung di dewan utama sebuah bangunan besar!
Tubuh-tubuh berpakaian kemas itu akan bersidang.
Minit mesyuarat lepas dibentang sebaik sahaja pengerusi mesyuarat mengalukan tubuh-tubuh berpakaian kemas itu.
Minit-minit itu kemas ditaip tanpa kesilapan ejaan atau fakta.
Setiausaha tersenyum puas,
Kerjaku memuaskan mereka, tubuh-tubuh berpakaian kemas itu.
Mesyuarat itu berlangsung.
Idea, hujah cadangan tersusun kemas terpacul dari setiap tubuh-tubuh berapakian kemas itu.
Mesyuarat berakhir.
Tubuh-tubuh melonggarkan tali leher.
Perjalanan tubuh-tubuh diteruskan.
Blazer ditanggalkan.
Panas suhu bumi jauh berbeza dari dingin dewan mesyuarat.
Satu tubuh melewati semut manusia yang melakat pada objek bergerak pantas.
Tubuh itu tersenyum melihat kejayaan hasil mesyuarat-mesyuarat lepas.
Tubuh yang lain pula melewati sebuah lorong di atas kereta mewahnya.
Terpandang akan dia pengemis kecil mengemis diisi ibunyan.
Matanya digesel-gesel lalu cermin matanya dibuka.
Dilapnya habuk pada cermin matanya.
Keretanya berlalu.
Tubuh-tubuh melewati tubuh-tubuh.
Cermin matanya dibetulkan.
Biar jelas pandangan.
Jelas sungguh.
Indah sungguh
Kemajuan yang menyingkatkan masa perjalanan!
pemandangan yang menarik!
Waktu makan tiba namun nafsu tubuh-tubuh sudah terisi.
Mesyuarat tubuh-tubuh akan berlangsung lagi.
Kamalia.
12.06
20 mac 2010.
sunway

Thursday, March 17, 2011
Memeluk Harapan di Bawah Dada Alam 1
Mimpi malam diwarnai warna-warni yang menganggu pandangan.
Latar hitam malam menjadikan warna-warni itu ketara kelihatan menari-menari mengiramakan makna.
Tarian warna-warni itu menjadikan lena agak terganggu.
Jadual harian tetap diteruskan. Harapku warna-warna itu akan hilang.
Pagi menjelma ,
Sarapan pagi itu adalah rumusan dari warna-warni yang mempersembahkan makna di alam mimpi.
HambaMu yang rapuh serta goyah ini masih mampu mencekah di kesejukkan pagi.
Tanggungjawab mesti diteruskan.
Sambil kaki menekan pedal minyak, tangan mengawal hala tuju mesin tungganganku,
komputer ciptaan tuhan ini masih memproses mimpi.
Sarapan buat si kecil.
Setelah si kecil dihantar, fikiran memproses lagi.
Segala halaman halaman yang telah kulawati diimbas...
Mengapakah hidup ini mejmerlukan kita menapak pada kenyataan.
Mengapakah kata-kata yang dituturkan itu menterjemahkan makna.
Manusiakah aku?
Berperasaankah aku...
Mata memerhati telatah manusia sepanjang perjalanan pulang.
Aku merakam semua yang melintasi pandangan.
Akan begitukah aku, tatkala aju melihat seorang perempuan tua degan rokok dijarinya melewati aku di hadapan sebuah kedai serbanika.
Mahu begitukah aku?
Persoalan -persoalan menjadi sarapan yang mengenyangkan aku pagi ini.
Perjalanan diteruskan.
Kehidupan ini umpama hidup.
Membesar hari demi hari.
Kita bukan lagi hidup di zaman serba mudah, rumah, sekolah, kedai, pasar malam, dapur, memasak. menyidai kain diampaian, tumbuk sambal, goreng ikan, masak kari, ankat kain..solat, minum petang, main sorok-sorok,ketawa, berlari, pondok-pondok, solat, makan malam, tidur.
Kehidupan berubah.
Ada kala kita hanya di rumah.
Tidak bersarapan.
Tidak berbicara.
Tidak ke pasar.
Tidak ketawa.
Tidak tumbul sambal.
Tidak ada bau indah bawang goreng garing dan bunyi tumisan rempah dan halba campur,
Bau daun kari yang ditumis.
Ikan masin goreng.
Indahnya ...
Mimpi dan alam nyata buat aku terhimpit!
Masa akan terus berlalu.
Akan aku heret segala keindahan.
Harapnya aku bukanlah penghuni bandaraya derita:
asap dari kekecewaan yang dibakar,
kebahagiaan yang dilontar ke dalam sungai derita,
menjadi penonton melihat gelagat manusia.
Harapnya aku bukanlah:
menunggu kematian berseorangan.
Hendaknya aku tidaklah menjadi mahkluk kebencian tiap kali aku ditatap.
Kehidupan yang tidak mudah ini ingin aku tanggalkan.
Bilakah aku akan lena ditamu mimpi-mimpi tenang.
Sarapanku nasi semalam berserta ikan masin sejuk yang aku tarik dari selimut embun malam.
Kebahagiaan itu bukan indah sergam pandangan.
Kebahagiaan itu, kenangan terindah yang mampu buat kita tersenyum.
Kembalikan aku ke muka hadapan buku catatan.
Akan kucatatkan semua mimpi sebenar!
Kamalia.
9.20 pagi,
Sunway.
18 Mac 2011.

Saturday, March 5, 2011
? SEPI..
5 FEB 2011
11.41 MALAM
Terbujur sebuah penantian tidak berdetik jarum masanya,
Jenazah kesepian itu diselimuti gebar tanda tanya.
Persoalan membina ayat-ayat tanya menyoal pelbagai soalan tak terjawab.
Ketika penyoal menyoal soalan-soalan tanpa ada sepatahpun jawapan aku ketuk kamar hati,
masih adakah kamu menanti di situ?
atau kamu sudah pergi jauh.
Soalan pada jenazah kesepian yang terbujur itu diusung ke pusara impian.
Selawat dan zikir mengiringgi rombongan menghantarmu ke tempat bersemadi pertemuan.
Liang lahat tersedia menerima tetamu bumi itu.
Perlahan diturunkan jenazah kesepian.
Tiada reggek tangis esak kedengaran.
Bumi memeluk rapat jenazah kesepian.
Kambus tertimbuslah.
Bersemadilah kamu.
Kita lupakan kesepian yang telah dikebumikan.
Satu kisah duka telah berakhir.
Semasa dalam perjalanan pulang aku lihat masih banyak lagi kisah duka yang tiada penghujung.
Selagi bumi berputar selagi itulah sepi mengelilinggi kita.
Kamalia.
Sunway,
5 mAc 2011
11.49 malam

Tuesday, March 1, 2011
LUKA YANG GUGUR
Gugurlah daun-daun duka dari pohon yang teguh mencengkam bumi.
Daun yang gugur itu masih muda benar,
Masih hijau dan segar.
Gugurlah ia, melayang menjamah bumi.
Mendaratlah ia di atas semalu.
Duri yang menikam tidak terasa oleh daun itu,
Pandangannya masih pada pohon kejam yang masih mencengkam bumi.
Angin bertiup kencang suatu hari,
Daun diterbangkan dari rumpun semalu, melayang melewati pusara.
Tersangkutlah daun pada dahan kemboja.
Matanya menatap sayu nesan penanda kuburan.
Tertulis nama, lelaki dan wanita dan tarikh kematian.
Daun ingin benar menjadi manusia, yang matinya ada penanda.
Malam itu, kuburan sunyi,
Malam merangkak ke pagi.
Daun hanya mampu menatap pacakan nesan-nesan yang bermandi embun.
Subuh itu tika laung azan berkumandang ada angin kecil menolak daun ,
terbanglah daun lalu jatuh ke muka kali.
Dingin subuh pagi itu hanyut bersama aliran air.
Daun dihanyutkan arus.
Terapung-apung dipermukaan.
Sesekali cahaya muda pagi memantulkan mutiara cahaya pantulan embun yang masih melekit pada daun.
Perjalanan jauh diteruskan.
Suria makin mengganas.
Daun makin layu dimamah bahang panas itu.
Arus sungai itu membawa daun mengenal dunia.
Daun akhirnya tiba di kuala.
Tidak lama lagi daun tahu dia akan bertemu laut.
Laut yang menyimpan jutaan kisah.
3.42 pagi
2 mac 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)