Saturday, March 5, 2011

? SEPI..

5 FEB 2011
11.41 MALAM

Terbujur sebuah penantian tidak berdetik jarum masanya,
Jenazah kesepian itu diselimuti gebar tanda tanya.

Persoalan membina ayat-ayat tanya menyoal pelbagai soalan tak terjawab.
Ketika penyoal menyoal soalan-soalan tanpa ada sepatahpun jawapan aku ketuk kamar hati,
masih adakah kamu menanti di situ?
atau kamu sudah pergi jauh.


Soalan pada jenazah kesepian yang terbujur itu diusung ke pusara impian.
Selawat dan zikir mengiringgi rombongan menghantarmu ke tempat bersemadi pertemuan.
Liang lahat tersedia menerima tetamu bumi itu.
Perlahan diturunkan jenazah kesepian.
Tiada reggek tangis esak kedengaran.
Bumi memeluk rapat jenazah kesepian.
Kambus tertimbuslah.
Bersemadilah kamu.


Kita lupakan kesepian yang telah dikebumikan.
Satu kisah duka telah berakhir.
Semasa dalam perjalanan pulang aku lihat masih banyak lagi kisah duka yang tiada penghujung.
Selagi bumi berputar selagi itulah sepi mengelilinggi kita.



Kamalia.
Sunway,
5 mAc 2011
11.49 malam

No comments:

Post a Comment