Mimpi malam diwarnai warna-warni yang menganggu pandangan.
Latar hitam malam menjadikan warna-warni itu ketara kelihatan menari-menari mengiramakan makna.
Tarian warna-warni itu menjadikan lena agak terganggu.
Jadual harian tetap diteruskan. Harapku warna-warna itu akan hilang.
Pagi menjelma ,
Sarapan pagi itu adalah rumusan dari warna-warni yang mempersembahkan makna di alam mimpi.
HambaMu yang rapuh serta goyah ini masih mampu mencekah di kesejukkan pagi.
Tanggungjawab mesti diteruskan.
Sambil kaki menekan pedal minyak, tangan mengawal hala tuju mesin tungganganku,
komputer ciptaan tuhan ini masih memproses mimpi.
Sarapan buat si kecil.
Setelah si kecil dihantar, fikiran memproses lagi.
Segala halaman halaman yang telah kulawati diimbas...
Mengapakah hidup ini mejmerlukan kita menapak pada kenyataan.
Mengapakah kata-kata yang dituturkan itu menterjemahkan makna.
Manusiakah aku?
Berperasaankah aku...
Mata memerhati telatah manusia sepanjang perjalanan pulang.
Aku merakam semua yang melintasi pandangan.
Akan begitukah aku, tatkala aju melihat seorang perempuan tua degan rokok dijarinya melewati aku di hadapan sebuah kedai serbanika.
Mahu begitukah aku?
Persoalan -persoalan menjadi sarapan yang mengenyangkan aku pagi ini.
Perjalanan diteruskan.
Kehidupan ini umpama hidup.
Membesar hari demi hari.
Kita bukan lagi hidup di zaman serba mudah, rumah, sekolah, kedai, pasar malam, dapur, memasak. menyidai kain diampaian, tumbuk sambal, goreng ikan, masak kari, ankat kain..solat, minum petang, main sorok-sorok,ketawa, berlari, pondok-pondok, solat, makan malam, tidur.
Kehidupan berubah.
Ada kala kita hanya di rumah.
Tidak bersarapan.
Tidak berbicara.
Tidak ke pasar.
Tidak ketawa.
Tidak tumbul sambal.
Tidak ada bau indah bawang goreng garing dan bunyi tumisan rempah dan halba campur,
Bau daun kari yang ditumis.
Ikan masin goreng.
Indahnya ...
Mimpi dan alam nyata buat aku terhimpit!
Masa akan terus berlalu.
Akan aku heret segala keindahan.
Harapnya aku bukanlah penghuni bandaraya derita:
asap dari kekecewaan yang dibakar,
kebahagiaan yang dilontar ke dalam sungai derita,
menjadi penonton melihat gelagat manusia.
Harapnya aku bukanlah:
menunggu kematian berseorangan.
Hendaknya aku tidaklah menjadi mahkluk kebencian tiap kali aku ditatap.
Kehidupan yang tidak mudah ini ingin aku tanggalkan.
Bilakah aku akan lena ditamu mimpi-mimpi tenang.
Sarapanku nasi semalam berserta ikan masin sejuk yang aku tarik dari selimut embun malam.
Kebahagiaan itu bukan indah sergam pandangan.
Kebahagiaan itu, kenangan terindah yang mampu buat kita tersenyum.
Kembalikan aku ke muka hadapan buku catatan.
Akan kucatatkan semua mimpi sebenar!
Kamalia.
9.20 pagi,
Sunway.
18 Mac 2011.
No comments:
Post a Comment